TARIKH:
11 – 12 APRIL 2020

TEMPAT:
UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN), KAJANG

PENGANJUR UTAMA:
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)

PENGANJUR BERSAMA:
UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)
RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)

Link Pendaftaran (Kategori Terbuka)

Link Pendaftaran (Kategori Khas)
(DITUTUP)

PENDAHULUAN

ROBOCON Malaysia 2020 akan menawarkan satu kelainan di mana pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah berpeluang menyertai pertandingan ini melalui ROBOCON Malaysia Junior 2020. Satu program khas juga akan diperkenalkan bagi memberi peluang kepada Murid Berkeperluan Khas (MBK) untuk terlibat sama dalam program ini. ROBOCON MALAYSIA Junior 2020 merupakan inisiatif untuk memberi pendedahan awal terhadap Teknologi dan Innovasi Robotik kepada pelajar sekolah sekali gus menarik minat mereka terhadap dunia robotik. 

OBJEKTIF PENGANJURAN

  1. Menyediakan platform bagi mahasiswa dan pelajar berkongsi pengetahuan dalam bidang kejuruteraan mekanikal, robotik, elektronik dan komputer.
  2. Melatih dan mempertingkatkan kemahiran mahasiswa dan pelajar dalam membuat kajian terperinci mengenai pembinaan robot, pembangunan algoritma dan perancangan strategi.
  3. Menerapkan minat terhadap sains, teknologi, dan innovasi dikalangan mahasiswa dan pelajar.
  4. Menjadi salah satu inisiatif sokongan kepada Matlamat Pembangunan Lestari.

KATEGORI PERTANDINGAN

  • Sumo Robot
  • Line Following Robot
  • SDG Creative Project
  • Pick and Place Robot (Ketegori Khas bagi Murid Bekeperluan Khas)

Yuran pendaftaran adalah RM50.00 bagi setiap kumpulan kecuali bagi kategori “Pick and Place Robot” (percuma).

Untuk maklumat lanjut tentang kategori dan syarat-syarat pertandingan: sila klik di sini

HADIAH PERTANDINGAN

Bagi ROBOCON Malaysia Junior, terdapat 3 hadiah utama bagi setiap kategori iaitu:

  • Tempat pertama: wang tunai RM 1500, pingat dan sijil
  • Tempat kedua: wang tunai RM 1000, pingat dan sijil
  • Tempat Ketiga: wang tunai RM 500, pingat dan sijil