Assalamualaikum, Salam Hormat & Salam Saya Sayang USM.
Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan mengenai tentatif perancangan pengurusan bagi ROBOCON 2023 yang akan datang. Program ini dijalankan dengan kerjasama pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM), dengan tema Casting Flower Over Angkor Wat.
Kami ingin memohon kerjasama dari semua pihak untuk mengambil maklum akan tarikh-tarikh yang tertera di dalam poster ini bagi tindakan segera dan persediaan yang sewajarnya. Dalam program ini, setiap perincian termasuk pengurusan pendaftaran pasukan, taklimat atas talian mengenai pengenalan ROBOCON secara menyeluruh dan sebagainya, telah dirancang dengan teliti untuk memastikan kelancaran dan kejayaan acara.
Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini. Kepada seluruh warga USM dan pihak pengurusan ROBOCON 2023, jom bersama-sama memeriahkan acara terbesar di bidang robotik ini dan menunjukkan kemahiran serta kebolehan anda dalam teknologi robotik.
